My Free Website.

My Free Website. My Blog. My Photos. My Dream. My Kenangan. About me.

Cinta, ilmu dan iman.

Dalam sebuah perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah
menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta
belajar menyingkapi segala rahasia dalam kehidupan.

Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan
setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detak
jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang
sama, kesempurnaan.

Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tidak ada
seorangpun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap
kita berbeza dalam menyingkapinya. Ada yang berjuang untuk
melewatinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang
merasakan sempitnya kesempatan yang ia punya.

Apa rahasia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini
dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman.
Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi
mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

2009-06-03 09:46:56

 

Mencari teman.

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman, 
Janganlah kerana kelebihannya, 
Kerana mungkin dengan satu kelemahan, 
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin SESEORANG sebagai teman, 
Janganlah kerana kebaikannya, 
Kerana mungkin dengan satu keburukan, 
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman, 
Janganlah kerana ilmunya, 
Kerana apabila dia buntu, 
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman, 
Janganlah kerana sifat cerianya, 
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, 
Kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman, 
Terimalah dia seadanya, 
Kerana dia seorang TEMAN , 
Yang hanya manusia biasa....

 

Amr Diab is one of fav singer.

To err is human. Everybody makes mistakes.

Lets forgive and forget. Life will go on.

So dont worry. Be happy. Or just 'pretend to be happy'.